Tuesday, April 2, 2013

#TSDayOut - Amazing Race FRIM



Assalammualaikum. Salam Sejahtera.



Dah banyak #TSDayOut yg dah aku terlepas. Ada je hal-hal yg tak dpt dielakkan dan terpaksa korbankan #TSDayOut. Tak ada jodoh dan rezeki katanya. Gituuu ~ Nak dijadikan cerita tgh online sambil scroll timeline tiba-tiba terbaca update dr Tourism Selangor psl #TSDayOut. Mmg excited gila bila baca. Tak tunggu apa-apa terus register nama dgn harapan tinggi nama akan terpilih. Haa nmpk excited lebih kt situ. Hahaha. Dan alhamdulillah nama aku terpilih. yeeaaayyyyy ~ *claphands* ;p


#TSDayOut kali ni edisi Amazing Race yg mana dijalankan di FRIM, Kepong. Awal-awal pagi buta dh bangun sbb terlampau excited walaupn secara fizikal dan mental tak prepare apa-apa langsung. Hahaha. Sampai je FRIM, wajib sesat dulu sebelum berjaya jumpa lokasi yang betul. Lulzz. Bila dh jumpa lokasi berkumpul, semua org perlu register nama dan setiap peserta diberi tshirt #TSDayOut. nampak seragam gituuu dan maybe senang la utk trace peserta klau ade apa-apa jd kt dlm hutan tu.


Team aku. - Kame Hame Haaaa ~ wuuuuu XD


Sebelum bermula amazing race, kesemua peserta perlu warm up dulu takut kejang pulak otot-otot ketak memaseng tetibe buat aktiviti pagi-pagi. Hahaha. Lepas dh warm up, peserta dibahagi kepada 8 kumpulan yg mane setiap kumpulan mempunyai 3 org ahli. Tapi group aku special sikit sbb ktorg berempat satu group. Lalala ;p


Tekun lg fokus. :p

Selepas dh dibahagikan kepada group, peserta diberi briefing sebelum mulakan race. Setiap kumpulan diberi "amanat" iaitu sebiji telur dan route map utk checkpoint-checkpoint yg perlu setiap kumpulan berhenti. Task pertama yg perlu dilakukan oleh setiap kumpulan ialah masuk dlm kolam/sungai dan cari guli. omaagaadd.. pagi-pagi dh kene berendam. sejuuukk woiii. Nak cari satu guli tu bkn senang nie kan pulak kne cari tiga guli. phewww ~

Checkpoint kedua peserta dikehendaki utk buat pakaian ala-ala org asli dgn menggunakan apa-apa yg ada dlm hutan tu. Peserta diberi tali rafia dan water colour utk conteng menconteng. Disebabkan task nie, ade budak tegur aku "akak knp muka akak hijau ?". Lantaran itu, aku telah berjaya dpt nama baru yg diberi oleh kawan-kawan. Hahaha. Checkpoint seterusnye agak mencabar nk cari sbb jauh dan perlu mendaki. Aku rs aku dh berjalan jauh gila tp tak jgk jumpa checkpoint ketiga. pheww. Checkpoint ketiga peserta perlu berjalan menggunakan tempurung kelapa. First time try aktiviti mcm tu. Noob bukan ? -.-"

Mereka basah dan dh jadi kaum org asli. Hahaha :P

Kemudian di checkpoint seterusnya, peserta perlu lengkapkan puzzle yg diberi. Aktiviti nie yg paling relax aku rasa sbb tak perlu nk kerah tenaga sgt. Eh ? ;p Checkpoint kelima ialah checkpoint yang paling disukai ramai baq hang ! Kenapa ? Sebab kesemua peserta kene merangkak dlm lecak yg wangi. Hahaha. Dan aku suspect kt sini la pacat-pacat menjalankan serangan kpd para peserta.

Ondaway menuju ke checkpoint seterusnye. asal bole kita snap je gambar. Hahaha ;p



Checkpoint seterusnye salah seorg ahli kumpulan akan beri arahan manakala yg lain akan ditutup mata. Dan mereka akn bergerak utk mencari "bintang" mengikut arahan yg diberi. Lepas checkpoint nie, peserta diberi paku dan kayu yg telah dipacak satu paku, dan peserta perlu susun kesemua paku yg diberi diatas paku yg dipacakkan atas kayu tu. Haaa paham ? Hahaha. ;p


menumpukan sepenuh perhatian kpd paku-paku sekalian. amboii XD

Lepas beberapa kali cubaan dan gangguan drpd anasir-anasir jahat akhirnya kami berjaya. yeeaaayyy ~ Hahaha. Task seterusnya ialah peserta perlu mengambil dua coin g terdpt dlm kotak yg berisi pelbagai benda tanpa mengeluarkan barang-barang tersebut. Sound easy eh ? Mmg senang. Tp ape yg ada dlm kotak tersebut ? eheeemm *cough* Bukak je ikatan kt mata tu terus menjerit. Masa buat tak rasa apa-apa langsung. Ini semua psikologi. Gituuu. :P


wuuuuu wuuuu ~ *meremang bulu roma*

Checkpoint terakhir.

Dan checkpoint terakher ialah sesi bersoal jawab dgn marshall dan serahan semulal kesemua "amanat" yg telah diberi. habis je kesemua task ktorg terus terjun dlm air. Bersihkan diri katanya. Kat sini la bdk yg tegur aku hijau tu. nasib baik comel mcm aku. Eh ? Hahaha ;p

Dah bersihkan diri, lepas tu kite semua isi perut yg dh kelaparan sbb dh tgh hari. Lepas dh kenyang dan bertenaga balik br la sesi penyampaian hadiah kepada para peserta. Dan antara pemenang Amazing race FRIM ialah ....... tenenene ~ ;p Walaupun tempat ketiga tetap menang. Hahaha.

tehehehe ~ :P

Dan akhir sekali ialah sesi group photography sebelum semua bersurai. yeaaaayyyyy ~

We had so much fun ! yeeaaaayyyyyy ~ :DD

Kalian yg terasa tertarik utk join #TSDayOut nie boleh la terjah Facebook , Twitter  atau websites Tourism Selangor. Setiap bulan mereka akan updates pasal #TSDayOut nie. Mana tahu ada rezeki boleh join. *kenyit mata*


Ok byeee ~



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...