Helaian

Thursday, April 4, 2013

Ekspedisi Bukit Broga - 28 March 2013



Assalammualaikum. Salam Sejahtera.


Sekarang tgh bersenang lenang kt rumah sambil menikmati cuti semesta selama 2 minggu. Dah habis semesta kedua dkt AMC. Alhamdulillah. Lg dua minggu maka naik Semesta ketiga plak. phewww ~ Minggu final exam mmg agk tension. Jadual tidur tak teratur. Masing-masing gigih menghadap slides, notes, question bank sampai lebam. Biasa la tu. Hahaha.



Minggu lepas lepas habis je final terus plan mendaki bukit. Haa nmpk kegigihan masing-masing kt situ. Terus nk panjat bukit ngko. Awal- awal pg dh gerak berkumpul dkt McD. Siap ade meeting point lg. amboiii kelasss kak ton ! Ade meeting point mcm masing-masing dr tempat berbeza-beza, pdhal semua dr Bangi. Hahaha.



Pukul 4 pagi ktorg selamat sampai dkt Bukit Broga. Dengan tak buat apa-apa preparation tak kira la dr segi fizikal mahupn mental, gua kasi redah je. Kesudahannya pancit tak sampai separuh jln. K maluuu. *tutup muka* aku tak paham diorg yg lain tu semua minum tongkat ali, kacip fatimah ke ape sblm naik ? Laju kemaen memasing. Knp diorg tak share dgn aku ? ini tidak adil tidak adil bg kuuu ~ ;p

Walaupun perlahan dan pancit, aku tetap berbangga. Kenapa ? Sebab ktorg berjaya sampai atas tak sampai sejam. amazing eh ? *tepuk tgn ramai-ramai* Kalu aku tak pancit aku rs setengah jam ktorg dh bole sampai atas tu. Sorry kawan-kawan. XD





Bila dh sampai atas mmg seronok sgt. tak sabar-sabar tunggu matahari naik. Pemandangan dr atas mmg sgt wooowwwww ! Haa giteww. tak mampu nk describe. Erti kata lain more than words. Eh ? Hahaha ;p Tp satu perkataan yg mampu keluar bila dh kat atas ialah " Subhanallah." Tarik nafas dlm-dlm, lepas, kosongkan fikiran, nikmati setiap inci yg ade depan mata saat tu. Sangat menenangkan. Sumpah tak tipu. <---- ayat karangan SPM sgt. -.-"






Dalam pukul 8 pg ktorg semua pn turun. Masa turun lg ramai yg baru naik. Dan dan dan masa nk turun lg mencabar baq hang ! Licin woii. Aku tak terkira bape kali aku terjatuh. Tu blum kira lg tiba-tiba jd laju sampai tak bole nk break. Hahaha. Naseb baik ade "guardian". waahh gitewww. thank u :) Sampai Bangi pegi sarapan, balik rumah masing-masing terus terlantar. Keesokkan harinya masing-masing sakit-sakit badan. Hahaha ;p

yeaaaayyy berjaya. hooyeeaaahhh ~~ :D

p/s : terima kasih " ratu kicap" dan "abg terukir di bintang" sbb jd guardian kite turun dan naik. tehehehe ~ :D


Ok byee ~



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...